Wednesday, February 17, 2021

Update Tahun 2021: Cepatnya masa berlalu...

 Assalamualaikum, Haluu..Apa kabar pemirsa..hahaha

18.02.2021..tergerak hati untuk update blog setelah sekian lama tak menulis apa-apa. Last update tahun 2016, memang bersawang blog ni. Hahaha. Perkembangan terkini, well..now I'm happily married and guess what, we are expecting our first born dalam September hadapan, InshaAllah..Syukur kepada Allah. Cerita perjalanan hidup saya sepanjang 4 tahun ni, nanti saya share ya..Enough said, di sini saya kongsikan sedikit foto sebagai kenang-kenangan..hii.


Pagi 02.11.2019, majlis nikah di Sandakan

Tengahari kami sanding..muahaha

Gadis manis memeriahkan majlis kami

Majlis belah En. Hafiz di Kuala Lipis pada 16.11.2019

Famili belah En. Hafiz





Sunday, June 19, 2016

Helo, ketemu lagi..

Setelah sekian lama, aku kini kembali. Kemana menghilangnya aku setelah sekian lama itu?



Alhamdulillah. Setelah bertungkus-lumus menjalani kursus DPA selama 10 bulan (6 bulan di Intan Kampus Bukit Kiara dan baki 4 bulan lagi di Intan Kampus Sabah), akhirnya berjaya juga saya mencapai impian bergelar penjawat awam, Macam-macam yang saya telah jalani sepanjang tempoh berkursus itu. (Nanti saya kongsikan di post akan datang ya)


Selain menemukan rakan-rakan baru, saya turut mengenali lebih dalam tentang diri saya. Tentang kemampuan saya, tentang attitude saya dan kelemahan saya. Menjadi seorang penjawat awam bukanlah satu tugas yang mudah digalas, lebih lebih lagi kalau ekspetasi orang terhadap kita itu tinggi. Selalu saya minta padaNya, agar terus dikuatkan semangat dan tabah menjadi seorang perantau di negeri orang ini. Amin.

Bila berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang ni, biasalah..Kadangkala saya rasa sunyi dan rindu. Bilalah agaknya saya boleh balik dan menyumbang pula kepada tanah Sabah tercinta..huuu

Monday, November 18, 2013

Pening

Tak semua berjalan seperti yang kita inginkan, itu yang dibilang oleh Dato ketika giliranku ditemuduga untuk jawatan PTD jumaat yang lalu. Gambaran awal yang cuba disampaikan oleh dato bahawa aku bukanlah insan terpilih itu. Barangkali bukan rezekiku. Ya tuhan...